Sticker kereta. Harga RM5.

Selamatkan Bolasepak Perak

Selamatkan Bolasepak Perak
Sumbangkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad 08013010074274

Surau Al-Ehsan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Qurban

Monday, November 30, 2009

Qurban Al-Ehsan '09: Kerja memotong daging diteruskan

28 NOV Kerja-kerja memotong daging yang telah siap dilapah diteruskan mengikut kumpulan kerbau-kerbau yang telah ditetapkan.

Kerja-kerja memotong daging menjadi lebih mudah dan ceria sambil mendengar alunan zikir dan selawat daripada sistem pembesar suara.

Slogan 'Anak Muda Geng Kita' membawa mesej yang positif dan memberi kebaikan kepada anak-anak muda dan juga kegiatan di surau.

Hadiah cabutan bertuah yang dinanti-nantikan semua peserta dan petugas.

Jaga-jaga pisau tu Ustaz Che Leh, disebabkan tengok kamera, ada daging lebih pulak yang ditimbang nanti.

Fairuz (baju belang), rakan sekelas saya dari darjah 1 hingga 6, Sek Ren Sri Kinta, Ashby Road, Ipoh. Kemudian kami terpisah sehinggalah pagi ini saya disapa olehnya yang masih mengingati saya. Terima kasih. Kelihatan Fairuz bergambar dengan salah seorang daripada 3 anaknya.

Qurban Al-Ehsan '09: Kunjungan YB Chan Ming Kai penambah seri

Ustaz Abu Bakar bersama YB Chan Ming Kai dan juga wakil
Dr Lee Boon Chye, Sdr Megat

28 NOV Pihak Surau Al-Ehsan telah menjemput Adun Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan juga Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye untuk turut serta dalam majlis qurban tahun ini.

Kedua-dua mereka telah menyatakan persetujuan untuk hadir kerana ingin turut bersama di dalam majlis qurban yang dianjurkan surau serta mempelajari dan menyaksikan sendiri ibadah qurban yang dijalankan oleh umat Islam di dalam kawasan ini.

YB Chan Ming Kai yang tiba agak lewat sedikit iaitu sebaik sahaja kerbau yang terakhir selamat disembelih kerana sejak pagi lagi beliau telah menjelajah dan melawat kesetiap masjid-masjid dan surau-surau yang menjalani ibadah qurban di dalam kawasan Simpang Pulai.

Manakala Dr Lee Boon Chye pula tidak dapat hadir kerana disaat akhir terpaksa melakukan pembedahan kecemasan keatas pesakitnya di Hospital Pakar Ipoh. Bagi menggantikan tempatnya, wakil Dr Lee iaitu Sdr Megat telah hadir untuk bersama-sama petugas menjalankan aktiviti majlis hari ini.

Bakso istimewa masakan daripada orang Padang, Indonesia
disajikan pagi ini

"Jangan berebut, jangan berebut" kata-kata usikan biasa
dibibir Haji Daud AlBanjari (baju kuning)

Lain macam je semuanya tunduk menikmati hidangan Bakso

YB Chan Ming Kai dan Sdr Megat disajikan dengan Bakso
dan ditemani oleh penulis, Ust Bakar dan Haji Rahim.

Sunday, November 29, 2009

Qurban Al-Ehsan '09: Kerbau kelapan tumpas ditangan Ustaz Che Leh

28 NOV Kerbau yang terakhir telah diamanahkan kepada Ustaz Che Leh untuk menyembelihnya.






Para penumbang yang telah 'bertarung' dengan 8 ekor kerbau
hari ini meraikan kejayaan mereka menjalankan tanggungjawab
dan amanah yang telah diberikan pihak surau. Bergambar kenangan
dengan penuh bergaya.

YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) turut sama bergambar
bersama team penumbang sebaik beliau tiba.

Qurban Al-Ehsan '09: Ustaz Faisol sembelih lagi untuk kerbau keenam & Ustaz Bakar ketujuh


Ustaz Faisol menyembelih kali kedua untuk kerbau yang keenam





Ustaz Bakar juga menyembelih untuk kedua kalinya dengan
kerbau yang ketujuh

Qurban Al-Ehsan '09: Kerbau kelima milik Ustaz Tahir sekeluarga

28 NOV Kerbau yang kelima ini adalah milik Ustaz Tahir sekeluarga yang masuk sebagai peserta sebanyak 7 bahagian.

Sembelihannya juga dilakukan oleh Ustaz Tahir sendiri.






Haji Abd Rahim dan rakan-rakan sedang melapah kerbau yang kedua.

Daging kerbau pertama yang siap dilapah dan dipotong.

Qurban Al-Ehsan '09: Kerbau keempat disembelih oleh Setiausaha Surau Al-Ehsan

28 NOV Setiausaha Surau Al-Ehsan, Cikgu Omar Bin Abdullah telah diamanahkan oleh peserta-peserta kumpulan keempat untuk menyembelih kerbau mereka.

Sebagai seorang yang serba boleh, Cikgu Omar menjalankan tugasnya dengan sempurna dan jayanya.







Sungguhpun kepenatan, penumbang-penumbang kerbau ini
masih tetap istiqamah dengan tugasan yang diberi.

Qurban Al-Ehsan '09: Ustaz Faisol menyempurnakan sembelihan ketiga

28 NOV Sembelihan kerbau untuk kumpulan qurban yang ketiga telah disempurnakan oleh Ustaz Faisol, Timbalan Penasihat Majlis Qurban/Aqiqah Surau Al-Ehsan.



Qurban Al-Ehsan '09: Sembelihan kedua milik Bendahari Pas Perak

28 NOV Sembelihan kerbau yang kedua ditugaskan kepada Bendahari Pas Perak, Haji Abd Rahim Md Ariff yang juga merupakan peserta qurban tahun ini.

Saban tahun Haji Abd Rahim menyertai qurban di Surau Al-Ehsan. Beliau juga turut bertugas sebagai penyembelih, pelapah dan pemotong daging-daging qurban.

Bagaikan satu pesta kepada kanak-kanak apabila menyaksikan
aksi-aksi menumbangkan kerbau ini. Ada yang mengatakan seperti
perlawanan tarik tali dan tak kurang juga mengatakan bagai filem koboi.

Kalau yang lain-lainnya berkerut muka menjalankan tugas
menumbangkan kerbau, tetapi Haji Mat Razalli masih mampu
tersenyum lebar bergambar bersama kerbau yang telah tumbang
(semasa kerbau tu elok berdiri tak nampak pun dia dekat).
Jangan mare....haji.



Aksi seorang bendahari yang juga cekap bermain dengan goloknya.

Kerbau yang telah disahkan mati akan dibuka ikatannya
dan kerja-kerja melapah pun akan dijalankan.

Qurban Al-Ehsan '09: Sembelihan pertama oleh Pesuruhjaya Pas Perak

28 NOV Tugasan untuk sembelihan kerbau yang pertama telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Oleh kerana tahun ini Surau Al-Ehsan membeli kerbau sebagai binatang qurban, tugasan untuk menumbangkannya agak mencabar dan memakan masa yang lebih lama daripada biasa.

Dua orang raja diperlukan untuk memerangkap kaki kerbau
supaya ia tumbang. Raja Yusof (berkopiah putih) dan Raja Aziz
(berbaju belang biru putih) terpaksa berhempas pulas mengatasi
kedrat kerbau tersebut.


Kerbau yang berjaya ditumbangkan, diikat kemas supaya tidak terlepas.

Ustaz Bakar memberikan arahan agar kerbau tersebut
diposisikan menghadap kiblat.

Kerbau telah disiapkan untuk disembelih.




"Foto qurban terbaik tahun ini"

Aksi-aksi menarik bagaimana bertungkus-lumusnya
menjalankan ibadah tuntutan Illahi

Qurban Al-Ehsan '09: Pendaftaran berjalan lancar

28 NOV Majlis qurban/aqiqah yang dilaksanakan di Surau Al-Ehsan tahun ini berjalan dengan lancar dan teratur. Bermula jam 8.30 pagi, pendaftaran peserta yang terlibat juga tidak memakan masa yang terlalu lama kerana kebanyakan peserta tahun ini hadir lebih awal dan memudahkan perjalanan majlis.

Ustaz Abu Bakar Hussain selaku pengerusi surau
dan juga penasihat majlis ini telah memulakan acara
dengan bacaan doa.

Keluarga Waziruldin antara peserta yang terawal tiba.

Kanak-kanak juga teruja untuk menyaksikan penyembelihan
dan ibadah qurban dilakukan.

Sistem 'awal tiba, sembelih dahulu' memudahkan urusetia untuk
menyusun senarai 63 peserta qurban/aqiqah bagi tahun ini.

8 terkorban di pagi raya kedua

28 NOV Kejadian jam 9 pagi yang berlaku di Surau Al Ehsan telah disaksikan oleh hampir 50 orang termasuk Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

8 yang terkorban di tempat kejadian dipercayai telah didatangkan daripada Changkat Tualang dengan lori. Menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Omar, sehari sebelum itu, ditempat yang sama, 1 telah terkorban dengan cara yang sama dengan apa yang telah berlaku hari ini.

Beberapa individu yang ditemui ditempat kejadian mengatakan bahawa mereka hampir pitam apabila melihatkan darah yang begitu banyak ditempat kejadian.

Melihat kepada keadaan tempat kejadian, bukan sahaja dipenuhi dengan darah tetapi juga terdapat kesan pergelutan yang serius. Beberapa suspek telah dikenalpasti kerana telah memainkan peranan penting didalam kejadian 8 yang terkorban hari ini. Gambar-gambar kejadian tersebut yang telah berjaya dirakam akan didedahkan sedikit masa lagi.

Ada juga yang berani mengatakan bahawa Pesuruhjaya Pas Perak dan juga Bendahari Pas Perak telah terlibat sama dalam kejadian ini. Bukti-bukti dalam bentuk gambar akan didedahkan sedikit masa lagi.

Friday, November 27, 2009

Sembelihan aqiqah petang raya

27 NOV Petang tadi sejurus 9 ekor kerbau yang dibeli tiba, seekor daripadanya telah disembelih untuk majlis aqiqah. Manakala baki 8 ekor lagi akan disempurnakan qurbannya pada pagi esok.

Ikat elok-elok, karang dia lari kang. Lari meninggalkan tempat tu
satu kes, kalau dikejornya semua yang ada kat situ, amacam?

Bawak bebanyak besabo ye kerbau oii...

Macam lawan tarik tali je...ada tukang sorak pulak?

Apa yang dibisikkan kepada kerbau tu sampai termenung dia sekejap.

Ustaz Abu Bakar sedang membacakan nama-nama peserta aqiqah.

Ustaz Abu Bakar sudah bersedia untuk menyembelih
kerbau aqiqah. Ada pulak teringin nak jadi koboi.

video
Video sembelihan aqiqah oleh Ustaz Bakar.

Kerbau yang dikorbankan untuk majlis aqiqah.

Buka tali pengikat pada kerbau. Dah mati dah tu.
Boleh lapah dah.




Ramai yang datang membantu menyempurnakan majlis
aqiqah pada petang ini.

Cantik sungguh isi dalam perut kerbau ni.

Pelapah daging yang diimpot daripada Putrajaya ni.
Ustaz Che Leh yang turut serta dalam majlis aqiqah petang ini.

Ini tiada kena mengena dengan kes berarak bawak
kepala lembu di Selangor suatu ketika dulu.

Akak-akak ni tunggu daging untuk dimasak ke...
atau tunggu suami yang dari tadi tak balik-balik?
Ohhh...tunggu daging nak dibuat bakso...

Daging yang sudah siap dipotong

Menjadi bahan masakan untuk para petugas majlis qurban esok

Kerbau dah sampai...

27 NOV Tepat jam 5.00 petang tadi, kerbau-kerbau yang dibeli sampai. Walaupun agak terlewat sepertimana yang dijangkakan, namun apabila melihat kelibat kerbau-kerbau itu diatas lori, sedikit rasa lega kerana perkara paling penting dalam majlis qurban nanti telah tiba.

Agak lucu juga bila melihat 9 ekor kerbau disusun sedemikian rupa dibelakang lori. Kreatif juga penjual kerbau ini. Sangka saya, sudah tentulah trailer yang akan digunakan untuk mengangkut sebanyak 9 ekor kerbau. Rupa-rupanya mereka hanya menggunakan lori biasa dengan menyusun elok kerbau-kerbau itu.
Susunan kerbau dalam satu barisan...oppsss...satu pakatan lah.

Kesemua kerbau-kerbau tersebut diikat pada lori dengan
menggunakan tali pada tanduknya.

"Yob...lepehkan le kume ni. Idak ke kesian nengok kume semua ni ha"

"Ngape asyik ngambik gambor je yob, nak masuk dalam
harakah ke sinar? (soalan yang selalu ditanya
pada saya bila saya mengambik gambor...orang).
Masuk blog? Blog mana? Ajijoi? Tak pernah dengor pun blog ajijoi.
Blog Alhusseyn tu...selalu le kami ikut"

Ustaz Abu Bakar, Pesuruhjaya Pas Perak sedang memerhatikan
kerbau-kerbau dibawa turun daripada lori. Nampak tak golok
dipinggangnya tu? Satu peringatan kepada ameno....

Salah seekor daripada calon-calon yang akan dikorbankan pagi esok.

Khutbah Raya Qurban Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat



Solat sunat Aidil Adha bersama Pesuruhjaya Pas Perak

27 NOV Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya Pas Perak telah mengimami solat sunat hari raya Aidil Adha di Surau Al-Ehsan pagi tadi.

Solat sunat yang didirikan jam 8.30 pagi tadi telah dihadiri oleh para jemaah surau yang tidak pulang ke kampung kali ini.


Dr Hadhrami telah diberikan amanah untuk menyampaikan
khutbah yang membawa kisah mengenai pengorbanan untuk
menegakkan agama Islam.

Ustaz Abu Bakar mengepalai majlis tahlil setelah selesai
sempurna solat sunat dan juga khutbah raya.

Ikatan ukuwwah dieratkan lagi sesama jemaah dengan
memohon maaf dan berpelukan dihari yang mulia ini


Ustaz Abu Bakar dan para jemaah yang lain menjamu selera
sempena sambutan hari raya Aidil Adha ataupun juga dikenali
sebagai hari raya qurban.

Perutusan Aidil Adha Pesuruhjaya Pas Perak

Assalamualaikum wbt,

Saya mewakili saf kepimpinan PAS Perak, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya penduduk negeri Perak Darul Ridzuan. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S beserta anaknya Nabi Ismail A.S dalam meneruskan perjuangan menegakkan perintah ALLAH SWT. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun sebelum ini, bagaimana Nabi Ibrahim A.S, menunjukkan kepatuhan,ketaatan, pengorbanan dan kesabaran dalam menerima perintah ALLAH SWT. Atas nama sunah ini maka seluruh umat Islam di pelusuk dunia bagi yang berkemampuan telah menyembelih binatang ternakan sebagai tanda mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim A.S. Kisah Nabi Ibrahim A.S baik ketika meninggalkan anak kecil dan isteri yang lelah di tengah padang
pasir juga ketika menerima perintah ALLAH SWT menyembelih anak kesayangannya. Kesemua kisah itu dapat kita simpulkan kepada tiga;Pertama, asasnya adalah ketaatan yang kental kepada ALLAH SWT, Kedua, ‘Millah’ Nabi Ibrahim A.S ialah ALLAH SWT akan memberi hidayah kepadanya kerana semata-mata mentaati ALLAH SWT, Ketiga ialah keikhlasan dalam amalan. ALLAH SWT tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas dan semata-mata ditujukan kepada-Nya. Oleh sebab itu, penghayatan yang mendalam atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S wajar dicerna dalam segenap ruang hidup kita.Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar sentiasa membiasakan diri untuk mengamalkan sikap suka berkorban sepanjang masa dari segi wang, tenaga, masa, dan buah fikiran untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Semoga kita semua diberi kerahmatan dari ALLAH SWT, dalam mengharungi cabaran dan dugaan ketika hidup diatas muka bumi ini, gunakan lah kesempatan yang ada untuk kita berkorban untuk ALLAH SWT.

Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar

Ustaz Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya Pas Perak

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA


Saya, pengendali blog Ajijoi serta keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha serta menjalani ibadah qurban bagi tahun ini.

Maaf zahir batin dan semoga limpahan rahmat Allah Taala buat kita semua.

Qurban bersama Pesuruhjaya Pas Perak di Surau Al-Ehsan


Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh akan mengadakan majlis qurban dan aqiqah bersama Ustaz Abu Bakar Hussain, Pesuruhjaya Pas Perak.

Majlis akan berlangsung pada hari Sabtu, 28 November 2009 mulai jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari dengan 9 ekor kerbau akan dikorbankan.

Semua dijemput bagi menjayakan majlis ibadah qurban dan aqiqah anjuran Surau Al-Ehsan bagi tahun ini.